top of page

3 Strategi di Rumah yang boleh ibu ayah guna, rangsang anak cepat bercakap.




Dalam Artikel kali ini saya akan kongsikan 3 strategi untuk rangsanga anak bercakap, iaitu dengan kaedah :


1. 'SELF-TALK'

2. 'PARALLEL TALK'

3. 'EXPANSION'


Sebelum itu, mari kita lihat bagaimana anak-anak belajar bercakap.


Kanak-kanak belajar menguasai bahasa dengan mendengar dan mendengar berulang-ulang kali.


Sejak daripada lahir, mereka berupaya menyimpan semua bahasa yang digunakan oleh orang dewasa di sekeliling untuk digunakan nanti.


Ini bermakna, proses bercakap bermula dengan mendengar, memahami dan menyimpan. Kemudian barulah boleh digunakan (kira-kira usia setahun).


Bagaimana mahu tingkatkan kemahiran bahasa dan pertuturan anak?


Dengan BERCAKAP! BERCAKAP! BERCAKAP!

.

"Ada cara spesifik untuk bercakap dengan anak kecil?"

.

Ya, sudah tentu cara berkomunikasi dengan anak kecil berbeza dengan orang dewasa.


Bagaimana?


Tekniknya seperti di bawah:


1. 'Parallel Talk'


Secara ringkasnya, teknik ini digunakan untuk bercakap tentang apa yang ANAK ANDA sedang;


+ dengar

+ lakukan

+ lihat

+ rasa


Bercakap selari dengan apa yang anak lakukan. Sebagai contoh, ketika mereka sedang bermain,


"Waahh, adik ada KERETA..TOLAK KERETA..oo uh..kereta jatuh!"


Atau pergi ke suatu tempat dan bercakap tentang apa yang dia lihat,


"Adik tengok kuda. Kuda jalan..kuda makan rumput."


Bagi penerangan untuk setiap tindakan yang dilakukan.


2. 'Self Talk'

Bercakap tentang apa yang ANDA lakukan, lihat, dengar dan rasa dengan kehadiran anak pada waktu itu.


Sebagai contoh,


Anda sedang buat kerja di dapur dan anak sedang bermain di area berdekatan, terangkan apa yang anda sedang lakukan.


"Ibu basuh pinggan. Pinggan kotor! Cuci pinggan..keringkan."


3. 'Expansion'


Memgembangkan perkataan atau ayat yang anak hasilkan.


Caranya, ulang semula apa yang anak ungkapkan dengan tambahan perkataan.


Sebagai contoh, apabila anak katakan, "Abah."


"abah balik!"


Atau "kak makan."


Respons "kakak makan nasi."


.

Apabila anda modelkan bahasa yang mudah dan sedikit tinggi daripada level anak, lebih mudah untuk mereka faham dan belajar kemahiran bahasa ke peringkat lebih tinggi.

.

.

Perhatikan contoh-contoh di atas. Tiada sebarang soalan digunakan.


Elakkan bertanya soalan dahulu.


Soalan akan buatkan anak-anak rasa keliru dan memberi tekanan bagi mereka yang baru mula belajar bercakap.

.

Bagi menjayakan kesemua teknik ini, jadikan beberapa perkara ini sebagai panduan:


1). Elakkan daripada menunggu respons peniruan daripada anak.


Jika anak boleh tiru ayat yang kita modelkan, ia sesuatu yang bagus. Jika tidak, teruskan dengan stimulasi.


Objektif utama adalah untuk memberikan pendedahan bahasa kepada anak anda.


Kita mahu tunjukkan bahawa bercakap itu ada fungsi tertentu dan seronok.


2). Ikut rentak anak. Kanak-kanak lebih mudah belajar daripada apa yang mereka suka.


3). Gunakan kata nama dan kata kerja yang mudah untuk membina ayat.


Kebiasaannya anak kecil akan mula belajar bercakap menggunakan kata nama, jadi kembangkan ayat dengan menambahkan kata kerja padanya.


Sebagai contoh,


"Bola."

Beri respons , "Sepak bola!" "Ambil bola."


4). Jika setiap masa hanya anda bercakap tanpa henti, itu memberi petanda bahawa ia telah digunakan secara berlebihan.


Semasa stimulasi bahasa diberikan, berikan peluang untuk mereka respons.


Berikan ganjaran untuk sebarang usaha untuk berkomunikasi.


5). Semasa memodelkan bahasa, gunakan 'sikap' ini :


+ suara yang jelas

+ kadar yang perlahan

+ Intonasi yang menarik dan berlainan.


Bila strategi ini boleh diperkenalkan kepada anak?


Dedahkan seawal usia lagi.

Seperti yang telah saya kongsikan, walaupun mereka seperti tidak respon masa awal usia, tetapi hakikatnya mereka sedang belajar dalam 'diam' untuk digunakan bila tiba usia yang sesuai.


Bila tidak dirangsang, maka masalah anak lambat bercakap bakal berisiko dihadapi oleh anak.


Belum lagi terlewat untuk dirangsang, jika kita rasakan anak pada hari ini mempunyai skill bercakap yang lambat atau lemah.


Kita mulakan seperti strategi di atas



Selamat mencuba!


Siti Sarah Said,

Speech- Language Therapist.

1,007 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page