top of page

3 aktiviti biasa, tapi kesannya di luar jangka


Semasa mula-mula saya nak membina keluarga, berkahwin, ada anak, saya dah buat keputusan, walau apa pun berlaku, sesibuk manapun keadaan, mesti ada dalam satu hari itu yang kami sekeluarga dapat makan bersama, duduk bersama, berbual bersama.



Kesibukan masa


Ditakdirkan, semasa awal perkahwinan, kami hidup sebagai pasangan PJJ. Suami di Klang, saya pula di Ipoh. Seminggu sekali baru berjumpa. Ulang-alik setiap minggu. Macam-macam usaha kami buat untuk dapat duduk bersama. Waktu tu saya kerja kerajaan di hospital, tak mudah nak pindah. Bos pun tak bagi pindah. Tak cukup Speech Therapist kat situ. Sehinggalah husband nekad untuk resign dan plan untuk buka praktis optometri sendiri di Ipoh.


Hanya beberapa bulan sebelum saya bersalin anak sulung, akhirnya kami dapat tinggal bersama. Tak ada lagi travel tiap-tiap minggu.


Walaupun dah duduk bersama, tapi jadual kerja kami berbeza. Saya seawal 7 pagi dah keluar ke hospital. Pukul 5 petang baru balik rumah. Husband pula pukul 10 baru mula kerja dan balik 9 malam. Sabtu dan ahad pun masih kerja.


Tapi,


Dalam sibuk macam tu, saya cuba juga sedaya mampu untuk buat 3 perkara ini. Walaupun makan malam lewat, sebab tunggu husband balik kerja. Asalkan dapat makan bersama-sama. Itu dah buat rasa bahagia.


Ya, ia agak 'tak biasa' pada mulanya.


Tapi lama-kelamaan, ia jadi 'rutin keluarga' yang akan kukuhkan lagi ikatan kasih sayang bersama pasangan dan anak-anak kita.

Sehingga kita boleh faham apa yang mereka nak sampaikan...


walaupun tanpa kata-kata.



Anak kita pun mahukan perkara yang sama


Kadang kita rasa anak makin jauh, tapi sebenarnya mereka sentiasa tunggu dan menanti apa yang kita nak beritahu mereka.


Mereka nak kita jadi parent...


Mereka tunggu kita beri tunjuk ajar.


Mereka nak panduan, tips, nasihat. Tapi mereka tak suka dikritik sentiasa.

Mereka nak rasa dihargai sebagai seorang manusia yang telah diberi nama....................(nama anak kita).


Anak pun tak suka bila bergaduh sesama adik beradik.


Ada masa bila anak semakin besar, dan kita rasa seperti tak faham keadaan mereka, jauh dalam sudut hati anak sentiasa cuba nak rapat dengan kita dan adik beradik,


tapi tak tahu macam mana nak mula.


Ia jadi pelik. Bila ia bukan rutin.


Jadi malu, untuk mula.


Sebab itu, kita sebagai ibu bapa perlu jadikan perkara ini rutin dan biasa dalam keluarga kita.

Sehingga kalau ada seorang yang tak ada waktu tu, kita rasa macam ada sesuatu yang 'hilang'.



1- Makan bersama-sama




Ada orang dah sediakan makanan, tapi waktu makan tak sama.


Cuba sebolehnya ada waktu makan bersama-sama.


Kalau tak dapat makan tengah hari, makan malam..


tak dapat juga, waktu dinner atau breakfast atau tea time.


Yang penting ada masa semua orang satu keluarga dapat duduk sama-sama kat meja dan berbual bersama.


Waktu ini, kita tanya apa yang menarik berlaku dan tanya juga apa yang mencabar yang mereka lalui.


Cuma kalau kita tahu ada yang tak kena, jangan tanya waktu makan. Tunggu dah kenyang, baru mula tanya. Dan pastikan setiap orang ada peluang bercakap dan bercerita.


Kalau ada perkara tambahan, buat sesi berdua saja dengan anak atau pasangan kita.



2- Solat berjemaah




Tak perlu tunggu anak besar. Tapi, mula dari awal berkahwin sehingga anak dah besar.


Solat berjemaah bersama.


Tak dapat 5 kali, 1 kali pun cukup untuk berjemaah.


Bila anak makin besar, bahagi tugas. Siapa yang jadi bilal, tolong susun sejadah dan lain-lain.


Selepas solat, doa dan sebut nama anak-anak kuat-kuat dalam doa. Kemudian peluk mereka. Galakkan mereka salam dan peluk sesama mereka.


Kalau ada masa, beri tazkirah atau cerita kisah-kisah inspirasi selepas solat. Banyak tingkah laku anak yang kita boleh bentuk melalui cerita.



3 - Buat aktiviti tanpa gajet bersama-sama




Fitrah manusia, mahu rasa dirinya dihargai.


Dan kita boleh hargai setiap ahli keluarga, bila kita dapat buat aktiviti bersama-sama.


Masak sama-sama, berkebun sama-sama, gotong-royong kemas rumah sama-sama, main dam atau chess sama-sama.


Buat aktiviti tanpa gajet.


Kita pun letak handphone ke tepi sekejap.


Tutup TV sebentar.


Dengar dan dengar apa anak nak bercerita. Beri tumpuan kepada idea-ideanya. Jawab soalan-soalannya.


Puji dia atas usaha yang dibuat.


Waktu buat aktiviti beginilah, ada peluang untuk kita lebih kenal dan banyak berbual dengan anak-anak.


Kita dapat lebih tahu apa yang anak belum tahu.


Dan kita dapat kenalpasti apa kelebihan yang anak ada, yang boleh dilatih lagi.


"Tiada skill parenting yang lebih baik dari kita tunjukkan kepada anak bahawa kita sentiasa ada bila dia ingin bermain, berbual, bertanya dan bila dia perlukan kita."


Rutin keluarga


Apabila kita dapat jadikan aktiviti ini sebagai rutin keluarga, ia bukan hanya jadi perkara macam perkara 'tradisi' atau 'budaya' dalam rumah itu.


Tapi, ada banyak manfaat lain juga.


Antaranya;


  • Anak belajar untuk tepati masa

  • Anak belajar lebih berdisiplin

  • Anak mudah selesaikan aktiviti kerana tahu ada aktiviti lain pula selepas itu. Contoh: lepas kemas mainan, kita boleh makan sama-sama

  • Anak rasa lebih tenang dan kurang stress kerana tahu apa yang dapat dijangkakan berlaku sepanjang hari

  • Kuatkan hubungan keluarga dengan berkongsi minat, prinsip dan kepercayaan yang sama

  • Didik anak untuk bina habit sihat dengan jaga makan, senaman dan aktiviti lain dengan seimbang

  • Suasana di rumah lebih harmoni dan gembira.


Bila rutin keluarga ini jadi istimewa dan eksklusif, anak tak sabar-sabar menanti waktunya.



-Zuraida Shahime-

134 views0 comments
bottom of page