top of page

Tak perlu tunggu anak boleh berjalan, untuk mula bermain dengannya

Kalau anda ada anak, tapi belum pernah bermain dengannya, saya sangat sarankan anda mula bermain dengan anak sekarang.


10 tahun pertama, adalah fasa anak bermain. Anak belajar 'cara untuk belajar' semasa bermain.

6 bulan pertama bayi lahir adalah fasa paling penting untuk anak anda.


Dalam fasa ini, anak belajar banyak perkara dan cuba gunakan deria nya untuk belajar perkara-perkara itu.


Dia cuba dengar pelbagai bunyi, dari bunyi suara ibu dan ayah yang berbeza. Dia belajar yang suara marah dan ketawa pun berbeza dan beri makna yang tak sama.


Anak juga belajar untuk pegang objek, tunjuk, baling, sepak-sepak kakinya, hisap jari dan macam-macam lagi.


Tahukah anda, sebelum anak belajar bercakap, anak akan BERSEDIA untuk belajar bercakap? Ini yang berlaku pada tahun pertama anak lahir.


Anak bersedia belajar bercakap dengan cara belajar melihat wajah orang lain,

pandangan mata semasa interaksi,

belajar tunggu,

belajar untuk respon bila orang berbual dengannya,

belajar gerakan-gerakan mudah,

belajar meniru bunyi...

belajar untuk fokus ke satu perkara bersama-sama

dan lain-lain lagi.


Jadi bagaimana kita nak ajar?


Takkan kita nak minta anak pandang-pandang ke wajah kita..


"tengok sini! mama tengah cakap"


Dia akan lebih takut dan stress bila kita ajar dalam keadaan memaksa.



Tapi, pembelajaran akan jadi lebih mudah bila dalam keadaan tenang dan seronok. Anak akan mudah belajar dan ingat lebih lama apa yang dipelajarinya.


Caranya adalah dengan bermain.


Main dengan anak. Dari bayi lagi.


Ia memang agak pelik masa mula-mula kita nak main...sebab bayi yang kecil mungkin tak akan respon terus. Nampak macam kita saja yang bersungguh-sungguh.


Tapi, jika kita ulang-ulang bermain dengannya, anak akan mula faham dan respon semula. Dia akan tiru cara kita main dan cara kita respon.



Saya ada kongsikan contoh apa yang anak belajar semasa bermain Peek-a-boo dalam video ini. Main Peek-a-boo boleh mula dari bayi lagi.


-Zuraida Shahime-

70 views0 comments
bottom of page