Seorang ibu pernah bertanya kepada saya,
“Lain-lain ke jenis budak yang lambat cakap ni?”
Untuk mudah faham, saya terangkan 3 jenis masalah anak lambat bercakap, yang selalu kami jumpa.
1- Boleh faham, tapi tak boleh cakap
Kalau kita panggil nama anak, laju saja dia toleh.
Kalau kita suruh ambil apa-apa pun dia faham.
Kita sembang-sembang pun dia faham.
Tapi ayat nak keluar dari mulut dia tak ada atau tak banyak macam budak yang sebaya dia.
Memang setiap budak tak sama.
Tapi kalau masa umur 2 tahun,
dia cuma boleh cakap kurang 10 perkataan, itu dah ‘something wrong’.
Kalau umur 2 tahun setengah,
dia tak boleh cakap ayat 2 patah perkataan macam,
“Nak bola”
“Papa balik”
Itu pun ‘something wrong’ juga.
Yang bagusnya, kalau kategori ini, peluang untuk kita latih anak pandai bercakap melalui Speech Therapy itu lebih tinggi dan lebih baik, sebab dia dah ada sikit kefahaman.
2-Boleh cakap, tapi kita tak faham apa dia cakap
Kalau kategori ini pula, orang kata ayatnya macam dia cakap bahasa asing.
“Cakap Bahasa German” orang kata.
Dia boleh cakap, dia boleh faham kita cakap, tapi bila dia bercakap, kita pula tak faham.
Kalau orang yang tak biasa dengan anak kita, lagi tak faham.
Macam pelat, tapi takkan dah umur 5 tahun, masih lagi orang tak boleh faham apa dia cakap.
Biasanya ia mungkin berpunca dari masalah pada organ pertuturan dan perlu diuji dahulu oleh Speech Therapist.
Atau disebabkan masalah pendengaran, yang hanya apabila kita cek dengan audiologis barulah kita tahu masalahnya yang sebenar.
3-Tak boleh faham, dan tak cakap
Yang ini semakin banyak kami jumpa.
Anak tak boleh faham, dan tak boleh cakap.
Yang biasa dia buat hanyalah mengamuk saja bila tak dapat apa yang dia nak.
Kalau sakit ke macam sakit perut atau sakit gigi, lagi lah kita tak tahu. Hanya meragam dan menangis saja.
Untuk kategori ini, ibu bapa perlu lebih ‘alert’ dari awal.
Ini kerana lebih cepat Speech Therapy dijalankan, lebih cepatlah kita dapat lihat progress nya pada anak.
Setiap kanak-kanak adalah unik dan ada potensi yang berbeza.
Jadi, macam mana nak tahu anak saya kategori yang mana?
Setiap kategori adalah berbeza.
Ada latihan Speech Therapy yang berlainan..
untuk setiap kategori ini.
Sebab itu, sebelum terapi dijalankan, penilaian lengkap pertuturan dan bahasa (Speech & Language Assessment) akan dibuat dahulu untuk menentukan anak itu dalam kategori yang mana.
Kita tidak boleh guna method yang sama yang ibu bapa lain guna untuk anak kita.
Dan selepas penilaian (Assessment) dibuat, Speech Therapist akan terus merangka goal terapi yang sesuai untuk anak anda capai dalam tempoh jangka masa pendek dan jangka masa panjang.
Setiap dari kita ada peluang untuk bantu anak lebih berjaya, bermula dengan usaha kita pada hari ini.
Zuraida Shahime
Speech Therapist
Comments