top of page

Fokus kepada langkah kedua...

Seorang ibu pernah bertanya kepada saya;


"Anak saya lambat bercakap, apa perlu saya buat?"


Ibu ni risau, tak tenteram hatinya.


"Saya tak boleh tengok muka anak saya." sambungnya lagi.


Saya pelik. Ibu ni risau dan baru bawa anak jumpa pakar kanak-kanak beberapa hari lepas, tapi bila dah tahu masalah anaknya, dia tak nak tengok anaknya pula.


Apa yang berlaku?

"Saya hantar anak kat rumah mak saya."


Oh, saya diam lagi. Dalam hati saya fikir mungkin sebab ibu ini nak cari jalan macam mana nak tolong anaknya.


Tapi, sebenarnya tidak....


"Saya tak tahu nak buat apa. Tapi kalau saya tengok muka anak saya, saya jadi sedih. Saya tak berhenti-henti menangis. Saya rasa bersalah sebab anak saya jadi macam tu."


Barulah saya faham apa yang berlaku.

Memang susah nak cakap. Memang berat rasa nak beritahu kepada ibu ini. Tapi, saya perlu cakap juga.


"Sebenarnya Puan dah buat tindakan yang baik. Puan dah bawa anak jumpa doktor untuk cek sama ada anak ada masalah atau tak."


"Tapi Puan.."


"Kenapa?" laju ibu ni tanya.



"Tapi, untuk pastikan anak boleh bercakap, ia bergantung kepada langkah kedua."


Ya, tanpa langkah kedua ini, sukar kita nak lihat perkembangan anak lebih pantas.


Ibu ni bertanya ; "Apa langkah kedua tu?"


"Puan perlu mula latih anak bercakap di rumah." saya sambung lagi.


"Memang susah pada mulanya, memang sukar sebab kita perlu ubah cara kita berinteraksi dengan anak. Kita perlu luangkan masa tambahan untuk latih anak. Tapi kalau kita tak ambil langkah kedua ini cepat-cepat, kita tak bergerak, kita masih ada di tempat yang sama."


Ada seorang ayah ambil masa 2 tahun selepas temujanji pertama, untuk mula berjumpa Speech Therapist secara konsisten dan buat latihan bersama anak di rumah. Dari anak umur 5 tahun, sekarang dah berumur 7 tahun.


Dan ayah ini beritahu saya, "Saya ingat anak saya akan okay..."


Tapi ia tak seperti yang diharapkannya.


Ada juga ibu ayah risau jika terus berjumpa Speech Therapist, anak akan dilabel 'kurang upaya'. Sedangkan sebenarnya bukan semua anak perlu dilabel begitu.


Ramai saja yang boleh bersekolah di sekolah biasa bersama rakan-rakan sebaya.

Yang penting, bertindak cepat. Dan fokus kepada 'langkah kedua'; konsisten latih anak bercakap di rumah dengan pantauan dari terapis anda.


"You will only fail if you never take the second step."

Tanpa tindakan, takkan ada perubahan.


Dan bila kita belum mula bertindak bererti kita tidak gagal. Orang yang gagal adalah orang yang tidak mencuba untuk atasi cabaran di hadapannya.


Ingatlah, "Sesudah kesulitan itu, pasti ada kemudahan."


-Zuraida Shahime-


56 views0 comments
bottom of page